Hasil carian imej untuk erosion and sedimentation in malaysia

Kawalan hakisan tanah dan sedimentasi merupakan salah satu aspek penting dalam pelaksanaan projek - projek pembangunan. Hakisan tanah merupakan proses peleraian partikel tanah yang berlaku disebabkan oleh tindakan agen hakisan iaitu air dan angin. Hakisan tanah merupakan proses semulajadi walau bagaimanapun tindakan manusia mengolah alam dengan cara yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada proses hakisan tanah dengan cepat. Masalah hakisan tanah dan sedimentasi dapat dikawal secara efektif sekiranya ia diurus dengan cara yang betul. Implikasi hakisan tanah ialah terhadap kualiti air sungai. Ini berlaku melalui proses perpindahan partikel tanah yang telah terhakis memasuki alur air dan sungai dan akhirnya termendap didasar. Proses perpindahan partikel tanah atau "pergerakan" partikel tanah di bantu oleh agen hakisan tanah iaitu "air" dan "angin". Dalam konteks negara - negara yang beriklim khatulistiwa hakisan tanah banyak terjadi dipengaruhi oleh air hujan yang menjadi faktor utama.

Antara impak hakisan tanah ialah seperti berikut:

1. Memberi implikasi kepada kualiti air sungai.

2. Menyebabkan ekosistem sungai terggangu.

3. Peningkatan aras sedimen didalam air.

4. Banjir lumpur ke kawasan berdekatan.

5. Banjir kilat dikawasan bandar yang mencapai ketepuan pembangunan.

6. Peningkatan kes penutupan loji air.

7. Kos rawatan air minum meningkat.

8. Kos pemulihan dan tebatan sungai semakin meningkat.





Comments

Popular posts from this blog

Faktor Hakisan Tanah & Sedimentasi