Posts

Showing posts from November, 2018

Faktor Hakisan Tanah & Sedimentasi

Image
Perkara penting dalam mengawal hakisan tanah dan sedimentasi adalah dengan memahami bagaimana hakisan tanah dan sedimentasi boleh berlaku. Oleh itu terdapat enam faktor yang mempengaruhi hakisan tanah dari berlaku. 1. Kekuatan hujan (R) 2. Kehakisan tanah (K) 3. Panjang Cerun (L) 4. Kecuraman Cerum (S) 5. Tanaman litupan tanah (C) 6. Praktis pengurusan tanah di tapak (P) Kombinasi faktor - faktor ini boleh mempengaruhi hakisan tanah yang terhasil.
Image
Kawalan hakisan tanah dan sedimentasi merupakan salah satu aspek penting dalam pelaksanaan projek - projek pembangunan. Hakisan tanah merupakan proses peleraian partikel tanah yang berlaku disebabkan oleh tindakan agen hakisan iaitu air dan angin. Hakisan tanah merupakan proses semulajadi walau bagaimanapun tindakan manusia mengolah alam dengan cara yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada proses hakisan tanah dengan cepat. Masalah hakisan tanah dan sedimentasi dapat dikawal secara efektif sekiranya ia diurus dengan cara yang betul. Implikasi hakisan tanah ialah terhadap kualiti air sungai. Ini berlaku melalui proses perpindahan partikel tanah yang telah terhakis memasuki alur air dan sungai dan akhirnya termendap didasar. Proses perpindahan partikel tanah atau "pergerakan" partikel tanah di bantu oleh agen hakisan tanah iaitu "air" dan "angin". Dalam konteks negara - negara yang beriklim khatulistiwa hakisan tanah banyak terjadi dipengaruhi oleh a